سلامة داتع كلامن بلوغ راسمي فانيتيا فنديديقن إسلام

VISI SURAU

Menjadikan Surau Pusat Ilmu Membina

Modal Insan

Yang Cemerlang , Gemilang Serta Terbilang Di Dunia Dan

Akhirat


MISI SURAU

Merealisasikan Fungsi Surau sekolah Sebagai

Pelengkap Pembelajaran Bagi Memupuk Nurani

Pelajar Menuju Keredhaan Ilahi Melalui Pengajaran

Dan Pembelajaran, KoAkademik dan Kokurikulum

Yang Berterusan.


"Sesiapa menempuh satu perjalanan untuk mencari suatu ilmu, Allah akan memudahkan untuknya jalan ke syurga" (Hadis riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Jumaat, 3 September 2010

03.09.2010 Majlis Sambutan Hari Raya



Majlis Bersalaman Dan Penyerahan Duit Raya Kepada Pelajar


Ucapan Salam Aidil Fitri







Majlis Penyampaian Hadiah







Bermula Sesi Ceramah


Bacaan Ayat Suci Al-Quran Oleh Pelajar PPU



Majlis Sambutan Hari Raya SMK Syed Alwi telah berlangsung dengan penuh kemeriahan. Majlis dimulakan dengan alunan zikir Asmaul Husna oleh semua pelajar, diikuti dengan bacaan ayat suci al-Quran oleh pelajar PPU. Seterusnya majlis di teruskan dengan ceramah khas oleh penceramah jemputan Ustaz Mohd Rafidzi seorang guru Jqaf dari SK Kuala Perlis. Majlis ceramah telah dipengerusikan oleh Ustaz Rozaihan B. Ramli. Selepas ceramah majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah kepada pelajar yang telah mengambil bahagian dalam beberapa aktiviti sempena Ihya' Ramadan yang telah dijalankan sepanjang bulan ramadan. Acara terakhir ialah majlis ucapan dan salam aidil fitri oleh wakil pelajar , guru-guru dan pentadbir sekolah. Semua yang pelajar hadir telah menerima duit raya sumbangan dari badan kebajikan SMK Syed Alwi.