سلامة داتع كلامن بلوغ راسمي فانيتيا فنديديقن إسلام

VISI SURAU

Menjadikan Surau Pusat Ilmu Membina

Modal Insan

Yang Cemerlang , Gemilang Serta Terbilang Di Dunia Dan

Akhirat


MISI SURAU

Merealisasikan Fungsi Surau sekolah Sebagai

Pelengkap Pembelajaran Bagi Memupuk Nurani

Pelajar Menuju Keredhaan Ilahi Melalui Pengajaran

Dan Pembelajaran, KoAkademik dan Kokurikulum

Yang Berterusan.


"Sesiapa menempuh satu perjalanan untuk mencari suatu ilmu, Allah akan memudahkan untuknya jalan ke syurga" (Hadis riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Jumaat, 20 Ogos 2010

20.08.2010 Program Ihya' Ramadan


PERTANDINGAN HAFAZAN AYAT LAZIM DAN TULISAN JAWI








MAJLIS TADARUS AL-QURAN MENGIKUT KELAS













MAJLIS BACAAN SURAH YASIN










PROGRAM IHYA' RAMADAN

Bermula Pada 16 Ogos bersamaan 6 ramadan iaitu selepas Ujian 2 bagi semua tingkatan kecuali tingkatan 5 dan 6 atas yang masih menghadapi Peperiksaan Percubaan SPM dan STPM 2010. Semua kelas terlibat dalam program Ihya' Ramadan. Antara program yang telah diadakan ialah majlis bacaan Surah Yasin setiap pagi jumaat, Tadarus Al-Quran, siri Tazkirah Ramadan di radio sekolah dan Solat Zohor Berjamaah serta Tazkirah Zohor. Semua program di atas akan diteruskan sehingga akhir ramadan.

Banyak lagi program lain yang akan diadakan sempena Ihya' Ramadan tahun ini antaranya ialah majlis berbuka puasa, ceramah nuzul al-Quran, pertandingan menulis esei jawi, kuiz ramadan dan hafazan terbanyak. Pelajar yang berminat untuk menyertai acara-acara yang akan diadakan boleh berhubung dengan mana-mana Guru Pendidikan Islam (GPI) yang mengajar di kelas masing-masing.

Nuzul Al-Quran

Hari ini Jumaat 27 Ogos 2010 bersamaan dengan 17 Ramadhan adalah salah satu hari yang berlaku peristiwa penting dalam Islam. Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke 41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.

Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).
(Al-An’am:38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
(Al-‘Alaq:1-5)

Ditulis oleh Dr Samsu Adabi Mamat, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sumber: Jakim